Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan.

Bayi perempuan baharu lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Seorang bayi perempuan baharu lahir yang masih bertali pusat ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bayi berkenaan  djumpai seorang wanita bersama anak lelakinya kira-kira jam 7.15 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Damansara.

Beliau berkata, bayi seberat 2.5 kilogram dan ketinggian 49 sentimeter itu ditemukan dalam keadaan berbalut kain kuning bersama uri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, bayi tersebut dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan