JAKARTA, 2 Mei: Banjir kilat melanda di Sungai Sembahe Kecamatan Sibolangit, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, sejak Ahad lalu.
Kejadian dipercayai bermula apabila hujan lebat berlaku sehingga air Sungai Betimus melimpah, banjir kilat turut menghanyutkan sebuah kereta dan dua rumah diheret arus sungai deras.
Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Deli Serdang, Amos Karokaro memaklumkan setakat ini belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan dan paras air mulai surut.
“Paras air semakin surut dan kami masih memantau dan mengumpul data di lokasi terbabit,” katanya.
@tvstvmy Banjir kilat melanda di Sungai Sembahe Kecamatan Sibolangit, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, sejak Ahad lalu. Kejadian dipercayai bermula apabila hujan lebat berlaku sehingga air Sungai Betimus melimpah. 📹 BDBP Deli Serdang #TVS122 #TVSNews #BanjirKilat #SumateraUtara
Katanya, amaran ancaman banjir dikeluarkan kerana adanya potensi hujan beserta ribut petir yang mungkin berlaku di kawasan itu.
“BPBD tempatan mempersiapkan logistik dan peralatan sebagai persediaan dengan sebarang kemungkinan banjir,” ujarnya.-TVS