Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Huang Tiong Sii bersalaman dengan para hadirin Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Repok di Sarikei, malam tadi. Foto: UKAS

Segak dan bergaya, penampilan Tiong Sii bertanjak curi tumpuan ramai

SARIKEI, 1 Mei: Penampilan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii yang mengenakan tanjak, pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) Repok malam tadi mencuri tumpuan ramai.

Acara pemakaian busana tradisi berkenaan disempurnakan Ketua Pemuda PBB Repok, Mohammad Fadillah Ali Seman ketika Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei, hadir pada majlis itu sekali gus menjadi pemimpin itu kelihatan lebih segak.

Datuk Seri Huang Tiong Sii bersama tetamu jemputan dan penduduk Sarikei pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Repok. Foto: UKAS

Menurut Fadillah, pemilihan tanjak merupakan antara pendekatan mereka untuk menambah keunikan program berkenaan.

“Pemakaian busana ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk menyubur warisan selain mengekalkan tradisi pakaian budaya Melayu.

“Lebih menarik apabila tanjak ini dihasilkan oleh anak Sarikei sendiri. Macam nenek moyang kita zaman dulu-dulu, nampak segak dan bersemangat,” katanya ketika dihubungi TVS.

Tanjak yang juga digelar tengkolok atau destar merupakan pakaian kepahlawanan Melayu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu atau majlis di istana.

Ia dipanggil sebagai destar iaitu nama khusus bagi perhiasan kepala.

Dalam pada itu, Tiong Sii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarikei, berkata, penganjuran program seumpama itu mampu menjadi platform untuk mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.

“Kita bertuah kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa mendokong usaha pembangunan di Sarikei. Ini terbukti dengan kelulusan 52 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun ini di kawasan Repok termasuk projek untuk Masjid Nur Permai.

“Kita perlu terus bersatu agar projek yang dirancang berjalan sempurna dan lancar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan