Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot yang ditahan Maritim Zon Tanjung Manis pada tengah hari Ahad. Foto: APMM Tanjung Manis.

Langgar syarat sah lesen, bot nelayan kelas C ditahan

TANJUNG MANIS, 1 Mei: Sebuah bot nelayan tempatan ditahan ketika sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat tunda berhampiran Pantai Kabong, tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, penahanan itu dibuat pada jam 12.01 tengah hari pada jarak kira -kira 6.0 batu nautika dari barat laut Pantai Kabong.

Sebelum itu katanya, aset ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi pemantauan berhampiran perairan tersebut mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas C dalam keadaan mencurigakan.

“Kita mengesyaki bot itu sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda kira-kira satu batu nautika dari aset Maritim Malaysia.

“Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan disyaki telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan iaitu 7 batu nautika dari pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua enam orang kru lelaki warga tempatan, berumur dalam lingkungan 21 tahun
hingga 48 tahun, bot nelayan dan hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan kira -kira 1,000 kilogram ditahan dan diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis.

Kes ujarnya, disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki telah melanggar syarat sah pada lesen dengan menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan dan boleh dikenakan kompaun oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

“Sehubungan itu, Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti maritim supaya mematuhi segala
peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

“Komuniti maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Tanjung Manis (010-5063293) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan