Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Jamilah Anu (kiri), Azizul Annuar Adenan (tengah) dan Datuk Seri Nancy Shukri (kanan) memotong kek pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di Lundu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Kes dera: KPWKM bantu daftar kelahiran adik tiri mangsa dera – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Mei: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu menguruskan proses pendaftaran kelahiran adik tiri kepada kanak-kanak yang maut disyaki menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu, proses pendaftaran tersebut akan diuruskan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru.

“Kita membantu menguruskan pendaftaran kelahiran adik tiri kanak-kanak tersebut sebab belum ada rekod pendaftaran kelahiran.Kemudian kita merujuk bapa saudara tiri kanak-kanak tersebut ke PKMD Johor Bahru bagi tujuan permohonan bantuan kanak-kanak untuk meringankan beban keluarga bapa saudara tiri itu.

“Ini kerana kita (kementerian) perlu membantu mendapatkan peruntukan untuk kegunaan membeli makanan dan perbelanjaan harian.Bahagian kanak-kanak juga telah menyatakan kita sependapat dengan tindakan yang diambil oleh PKMD Johor Bahru iaitu membantu bapa saudara tiri kanak-kanak itu,“ katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di Dewan Sebaguna Mahligai, Lundu, hari ini.

Majlis itu yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang menyaksikan kehadiran sekitar 2,500 pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dan bekas ADUN Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.

Mengulas lanjut, Nancy mengesahkan setakat hari ini, kanak-kanak lelaki berusia enam bulan itu diletakkan di bawah jagaan bapa saudara tirinya.

Sabtu lalu, media tempatan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala, telinga, perut dan kaki disyaki didera oleh kedua ibu bapanya menggunakan penyangkut baju.

Kedua-dua suspek telah direman di Mahkamah Johor Bahru dan kes di siasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan