Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam renang di tepi sebuah rumah lot milik jiran datuknya. Foto hiasan: Envato

Ibu tidak sedar kanak-kanak tiga tahun lemas dalam kolam renang

ByTVS

IPOH, 1 Mei: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun mati lemas di dalam sebuah kolam renang ketika keluarga mangsa berkunjung ke rumah datuknya di Tambun di sini semalam.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam renang di tepi sebuah rumah lot milik jiran datuknya pada kira-kira 6.30 petang.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian berlaku ketika mangsa bersama keluarga pergi menziarahi saudara-mara.

Ujar beliau, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah itu bersama ibunya, manakala bapa mangsa keluar menghantar saudara balik ke tempat penginapan.

“Kanak-kanak itu dijumpai abangnya dalam keadaan terapung di dalam kolam renang kanak-kanak sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas dimaklumkan pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 9.25 malam tadi.

Bedah siasat dijalankan oleh Jabatan Forensik HRPB hari ini dan punca kematian adalah akibat lemas.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 33(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

Ujar beliau, kejadian berkenaan merupakan kes keempat mati lemas melibatkan mangsa kanak-kanak di Ipoh pada tahun ini yang berpunca tidak ada pengawasan ibu bapa.

“Polis amat memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak bawah jagaan mereka tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan hingga menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan