Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena Hari Pekerja, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak mesti berusaha dan bekerja kuat demi memastikan Malaysia terus maju pada masa hadapan. Foto: Bernama

Bekerjasama erat persiap sumber manusia pacu pertumbuhan ekonomi negara – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak untuk menjalin usaha sama yang erat dalam mempersiapkan sumber manusia bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menghadapi tantangan masa hadapan.

Anwar dalam catatan di Facebook sempena sambutan Hari Pekerja hari ini berkata semua pihak mesti berusaha dan bekerja kuat demi memastikan Malaysia terus maju pada masa hadapan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Pekerja
  2. 2. Hari Pekerja: Fadillah zahir penghargaan atas sumbangan pekerja 

“Tanggal 1 Mei ialah hari bagi menghargai daya usaha, jerih perih dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pekerja dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

“Sememangnya pekerja merupakan tonggak terpenting yang menjayakan agenda pembangunan negara sekian lama,” katanya.

Perdana Menteri berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini, Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI, mencerminkan aspirasi yang mendukung prinsip kesejahteraan, keadilan, saling menghormati, ihsan serta jalinan kerjasama semua rakyat untuk berganding bahu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang bertamadun.

“Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan