KUCHING, 1 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini meneruskan kunjungan ke Rumah Terbuka Aidilfitri.
Mereka berdua menyerikan Rumah Terbuka kenalannya, Alhadi Ibrahim di Demak Baru, Kuching pada 11 pagi.
Kehadiran mereka disambut Alhadi serta ahli keluarganya. Abang Johari serta isteri meluangkan masa hampir satu jam di kediaman berkenaan. – TVS