Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Twitter akan benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel. Twitter. Foto: Envato.

Twitter akan benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel – Musk

ByBernama

MOSCOW, 30 April: Twitter akan memperkenalkan pilihan yang membenarkan saluran media mengenakan bayaran kepada pengguna yang sekali-sekala berhasrat untuk membaca artikel, kata Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial, Elon Musk pada Sabtu.

“Bakal dilancarkan pada bulan depan, platform ini akan membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik.

“Ini membolehkan pengguna yang tidak mendaftar untuk langganan bulanan membayar harga yang lebih mahal bagi setiap artikel jika mahu baca artikel,” tulis Musk di Twitter, lapor Sputnik.

Beliau berkata, fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan