Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di Dewan Datuk Patinggi Ali hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Sarawak bakal tubuh bank komersial sendiri

ByAhmad Burhanuddin

GEDONG, 30 April: Kerajaan Sarawak bakal menubuhkan bank komersialnya sendiri, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, usaha penubuhan bank komersial itu nanti akan dilaksanakan pada tahun ini atau di penghujung tahun ini.

Baca artikel berkaitan >>>>> Langkah Sarawak tubuh bank komersial sendiri keputusan yang baik

“Saya belum dapat mengumumkan dahulu (tarikh) kerana ia masih lagi dalam proses rundingan dan memerlukan majoriti daripada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong, di Dewan Datuk Patinggi Ali, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata, langkah itu bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

“Apabila ekonomi meningkat, maka penyertaan pihak swasta turut akan berlaku dan pihak swasta ini adalah termasuk di dalam industri PKS.

“Masalah kita ialah anak-anak muda masa kini susah hendak mendapatkan pinjaman kewangan walaupun mempunyai projek yang bagus disebabkan oleh pihak bank tidak meluluskannya,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Abang Johari, penubuhan bank komersial sendiri itu kelak juga akan dapat menjadi pemangkin kepada industri PKS yang terlibat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan