Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima suspek yang ditahan dalam Op Taring Pensura di perairan Tanjung Ensurai, Batang Rajang. Foto: PPMW5

Lima lelaki ditahan, diesel bernilai lebih RM1.4 juta dirampas

SIBU, 30 April: Lima lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM1.43 juta di sini, pada Jumaat.

Mereka yang ditahan termasuk dua lelaki tempatan dan tiga warga asing berusia antara 34 hingga 67 tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, penahanan mereka dilakukan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam Op Taring Pensura di perairan Tanjung Ensurai, Batang Rajang kira-kira jam 4 petang.

“Dalam operasi itu, sepasukan empat anggota polis marin yang menjalankan rutin rondaan menggunakan bot ronda mendapati sebuah kapal kargo sedang belayar dalam keadaan yang mencurigakan di lokasi kejadian

“Hasil pemeriksaan kapal tersebut membawa muatan minyak diesel anggaran lebih kurang 200,000 liter,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, juragan kapal berkenaan gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kes itu telah dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Bahagian Sibu untuk sisatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan