Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sebahagian besar pelabur menunggu keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam mesyuarat pertama 2024. Foto hiasan, Faitullah Morni (TVS)

Langkah Sarawak tubuh bank komersial sendiri keputusan yang baik

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 April: Langkah Kerajaan Sarawak menubuhkan bank komersialnya sendiri merupakan satu keputusan yang cukup baik berdasarkan pandangan pakar ekonomi.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak, sekali gus mempelbagaikan hasil negeri ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr Dzul Hadzwan Husaini menyifatkan Sarawak berperanan membantu meningkatkan jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei. Foto: Dr Dzul Hadzwan Husaini

“Perkhidmatan wang boleh disediakan kepada rakyat tempatan tanpa pertimbangan keuntungan semata-mata. Saya juga berharap perkhidmatan ini dapat mengurangkan masalah sosial yang melibatkan kes pinjaman wang dari ‘Ah Long’ dan sebagainya.

“Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kewujudan bank ini amat penting dalam menyokong kelangsungan hidup mereka ketika keadaan persekitaran ekonomi yang tidak menentu,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong hari ini, berkata, Kerajaan Sarawak bakal menubuhkan bank komersialnya sendiri.

Baca artikel berkaitan >>>>> Sarawak bakal tubuh bank komersial sendiri

Katanya, usaha penubuhan bank komersial itu akan dilaksanakan pada tahun ini atau di penghujung tahun ini, namun beliau belum dapat mengumumkan dahulu (tarikh) kerana ia masih lagi dalam proses rundingan dan memerlukan majoriti daripada Sarawak. 
 
Menjelas lanjut, Dzul Hadzwan berkata, semua keputusan yang diputuskan oleh Bank Negara yang bertempat di ibu negara bagi semua bank dan institusi kewangan sedia ada sekali gus mewujudkan masalah birokrasi.
 

“Adakalanya di peringkat negeri menyokong namun peringkat ibu pejabat tidak menyokong keputusan dalam kelulusan pinjaman.

“Hakikatnya, yang lebih mengetahui keadaan dan masalah rakyat Sarawak hanyalah rakyat Sarawak itu sendiri. Adalah lebih baik keputusan dibuat oleh rakyat Sarawak sendiri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan