Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya kini sedang membantu membawa lima pendaki turun dari Gunung Santubong, di sini, malam ini. Foto: Bernama

Bomba sedang cari 5 pendaki terperangkap di Gunung Santubong 

ByNurul Amarlina

KUCHING, 30 April: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya kini sedang menjalankan operasi membawa lima pendaki yang terperangkap turun dari Gunung Santubong, di sini, malam ini.

Menurut kenyataan PGO Negeri Sarawak, pada jam 8.30 malam tadi pihak ranger Gunung Santubong telah menghubungi BBP Petra Jaya untuk membawa keluar lima orang tersebut kerana keadaan  gelap, laluan yang sukar dan mangsa telah terkeluar dari laluan pendakian.

Baca artikel berkaitan >>>>> Lima pendaki terperangkap di Gunung Santubong selamat

“Lima mangsa tersebut termasuk seorang lelaki berusia 70 tahun mengalami kecederaan pada muka, badan dan lutut serta dalam keletihan,” jelas kenyataan itu.

Seramai lapan anggota bomba mula mendaki Gunung Santubong pada jam 9.05 malam.

BERITA LANJUT MENYUSUL. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan