Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Julaihi Narawi bersuafoto bersama pihak media di Majlis Rumah terbuka Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto: TVS

Sarawak sedia perluas projek SARES

KUCHING, 29 April: Sarawak terbuka bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperluaskan Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) ke sekolah-sekolah yang berada di luar grid bekalan elektrik negeri.

Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, menerusi projek terbabit ia akan mengurangkan kebergantungan kepada set genarator janakuasa berkuasa diesel yang digunakan di kebanyakan sekolah di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Bagaimanapun katanya, bagi merealisasikan perkara tersebut ia memerlukan tindakan proaktif KPM memandangkan sekolah-sekolah tersebut di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Sarawak sedia jalin kerjasama dengan KPM perluas projek SARES

“Yang penting ialah mereka (KPM) harus proaktif juga dalam perkara ini, apabila kita dapat bekalkan elektrik ataupun bekalan air di kawasan luar grid ini, mereka juga harus memberikan timbal balasnya.

“Ini kerana apabila kita hendak melakukan pendawaian dalaman atau pemasangan paip bekalan air di dalam kawasan sekolah misalnya, ia juga memerlukan peruntuk an, di sinilah mereka diperlukan.Jangan mengaharapkan kepada Kerajaan Sarawak sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah terbuka Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Julaihi berkata, projek SARES yang mula diperkenalkan pada 2016 itu merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada penduduk di kawasan luar bandar yang tidak tersambung dengan grid bekalan sedia ada.

Menerusi projek terbabit, ia telah berjaya membantu Sarawak mencapai kadar liputan bekalan elektrik di seluruh negeri sehingga 97.9 peratus.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan