Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
John Sikie (berkot hitam) dan Alice (empat dari kiri) bersama 400 ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan SIDS. Foto: TVS

Jenamakan semula SIDS seiring perspektif golongan muda – Premier Sarawak

KUCHING, 29 April: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) disaran agar dijenamakan semula untuk seiring dengan perspektif golongan muda ketika ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Hasrat itu menurut beliau amat bertepatan dengan cabaran masa kini menurut moto pertubuhan itu ‘Satu Sarakup Satu Suara’.

“Bagi memastikan SIDS berkembang, ahli Sarakup perlu melihat perspektif dan idea baharu dan membawa golongan muda profesional untuk meningkatkan SIDS ke satu tahap yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai yang mewakili beliau untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan SIDS di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 400 ahli SIDS hadir pada mesyuarat agung yang diadakan pada setiap tiga tahun itu.

Mesyuarat kali ini turut menyaksikan pemilihan pucuk kepimpinan baharu SIDS yang terdiri daripada ahli SIDS pelbagai peringkat cabang di seluruh Sarawak.

Dalam pada itu, bercakap mengenai perancangan SIDS selepas ini, Pengerusinya Dato Ir. Alice Jawan Empaling memaklumkan bahawa SIDS kini merancang untuk menggalakkan lagi lebih ramai lagi golongan muda terutama wanita Dayak dalam kalangan profesional untuk menganggotai pertubuhan itu.

“Selain itu SIDS juga dalam perancangan untuk mengadakan satu siri ceramah berkaitan Wanita Dayak menerusi Kerusi Tan Sri Empiang Jabu,” dedahnya.

Untuk rekod SIDS telah ditubuhkan sejak 65 tahun lalu bertujuan memperkasakan wanita Dayak menerusi empat pelan strategik iaitu pendidikan, pekerjaan, sumber manusia dan pemeliharaan kebudayaan.

SIDS kini mempunyai keahlian melebihi 14,000 anggota meliputi 26 cabang seluruh Sarawak.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kintang Lo Khere Chiang dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat dan Pengerusi SIDS Dato Ir. Alice Jawan Empaling. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan