Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita terkorban selepas dilanggar kereta Proton Saga dipandu suaminya di hadapan sebuah rumah di Taman Selasih di sini semalam. Foto PDRM

Isteri maut terlanggar kereta dipandu suami

KULIM, 29 April: Seorang wanita terkorban selepas dilanggar kereta dipandu suaminya di hadapan rumah mereka di Taman Selasih di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 59 tahun disahkan maut di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, kejadian berlaku semasa mangsa keluar dari kereta jenis Proton Saga untuk mengambil barang yang tertinggal di dalam rumah.

Katanya, siasatan mendapati suami mangsa berusia 60-an yang sedang mengundur kereta telah tertekan pedal minyak sebelum terlanggar isterinya.

“Ketika itu mangsa berada di tepi sebelah kiri dan kereta itu turut melanggar kereta Perodua Myvi yang sedang diparkir di hadapan rumah.

“Pemandu kereta tidak cedera dan mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Redzuan, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Kulim di sini untuk urusan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan