Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Pesta Kaul di Tapak Kaul Hana, Mukah, hari ini.Foto: TVS

Hutan bakau Kuala Rajang berpotensi jana ekonomi Sarawak

ByAkma Salleh

MUKAH, 29 April: Kawasan Lembah Rajang dikenal pasti sebagai salah satu lokasi yang berpotensi menjana sumber pendapatan baharu menerusi perdagangan karbon.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana seluruh kawasan Kuala Rajang dilitupi dengan pokok bakau.

“Seluruh kawasan Kuala Rajang ini diliputi pokok bakau yang mana boleh menyimpan karbon.

“InsyaAllah, seluruh kawasan pokok bakau ini akan memberikan hasil kepada Sarawak menerusi perdagangan karbon,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2023, di Tapak Kaul Kala Dana Mukah di sini, hari ini.

Hutan bakau Kuala Rajang berpotensi jana ekonomi Sarawak

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, hutan paya bakau di kawasan itu mempunyai kelebihan tersendiri apabila dapat menyimpan 10 kali ganda karbon berbanding pokok biasa.

Lebih menarik ujarnya, Kuala Rajang memiliki kawasan hutan paya bakau terbesar di Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan