Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menyumbangkan beberapa buah lagu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Stakan pada hari ini. Foto: TVS

EPU kaji kadar kemiskinan di Sarawak hujung tahun ini – Abang Johari

KUCHING, 29 April: Unit Perancangan Ekonomi (EPU) akan melaksanakan kajian kadar kemiskinan di Sarawak pada hujung tahun ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau inisiatif kerajaan Sarawak itu bertujuan untuk meninjau kadar kemiskinan serta menilai sumula kadarnya susulan baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan berhasrat menghapuskan sepenuhnya golongan miskin tegar di negara ini, khususnya di Sarawak.

Baca artikel berkaitan >>>> Sarawak akan guna penyelidik profesional kaji tahap kemiskinan – Abang Johari

“Kerajaan negeri melalui EPU akan melakukan tinjauan mengenai kadar kemiskinan untuk menilai kadar kemiskinan di Sarawak kerana kita tahu bahawa kawasan Pakan turut disebut sebagai kawasan miskin tegar tetapi ada penduduk yang mampu membeli kereta kerana mereka memperoleh pendapatan daripada hasil tanaman mereka iaitu jualan lada.

“Namun, mereka masih ada yang dikategorikan sebagai miskin kerana termasuk dalam E-Kasih walaupun sebenarnya mereka tidak miskin.

“Jadi, saya berbincang dengan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi bahawa kita perlu menjalankan kajian holistik terhadap kadar kemiskinan di negara kita. Jika seseorang rakyat itu mempunyai harta perlulah keluar daripada kategori E-Kasih agar kita dapat mengenal pasti rakyat yang betul-betul memerlukan dan akan melakukan tindakan selanjutnya bagi mengurangkan kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau menegaskan dengan melakukan kajian kadar kemiskinan, ia dapat memberi gambaran yang jelas mengenai kadar kemiskinan di negeri Sarawak.

“Kita (EPU) akan melakukan kajian secara mendalam dan ia akan menunjukkan gambaran yang sebenar kadar kemiskinan di Sarawak. Jika tidak orang akan beranggapan Sarawak negeri yang kaya tetapi rakyatnya miskin.

“Oleh itu, kita akan menggunakan pihak profesional untuk mengkaji tahap kemiskinan di Sarawak,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan