KUCHING, 28 April: Seramai 28 model berlatar belakangkan etnik berbeza memperagakan empat rekaan seni kontemporari pop terpilih bertemakan Sarawak.
Empat rekaan tersebut adalah The Space Monkey, Flowers Alive (Bunga Rafflesia), Headhunter (Tengkorak Manusia) dan Bird of Paradise (Burung Kenyalang) merupakan siri koleksi XXX jenama tempatan iaitu LIT Series dengan kerjasama Honlynn Distillery.
Ia dihasilkan menggunakan teknologi seni digital yang dicetak ke atas kemeja-T oleh Carter Wei dari Kumpulan Carus.
“Kesemua koleksi rekaan yang dipertontonkan digayakan oleh pereka fesyen tempatan dari Sarawak, antaranya Andy Sulaiman, By Lhuna, Yacutha dan Roa Skye manakala seorang lagi iaitu Syomirizwa Gupta dibawa dari Kuala Lumpur.
“Koleksi rekaan yang dihasilkan menepati kehendak generasi muda Sarawak hari ini tetapi masih mengekalkan identiti Sarawak,” menurut Pengasas LIT Series Geraldine Sim ketika ditemui TVS malam tadi di pelancaran jenama XXX di Chabo Dine & Bar, Kuching.
Sementara itu, salah seorang pereka fesyen dari Sarawak iaitu Andy Sulaiman mengakui rekaan kemeja-T yang dihasilkan untuk digayakan bersama rekaan koleksi beliau adalah satu cabaran baharu
“Ini adalah diluar dari comfort zone (zone selesa) saya kerana semua orang mengenali rekaan saya yang bukan ke arah fesyen streetwear.
“My forte (kekuatan) adalah menggunakan elemen kemelayuan dan saya mengekalkan elemen tersebut dengan mengabungkan rekaan kemeja-T yang diberikan dengan batik pants dan printed batik yang sebahagian adalah dari koleksi terdahulu saya,” katanya lagi.
Yang turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom-TVS