KUALA LUMPUR, 28 April: Sabah FC berjaya melonjak ke tangga ketiga Liga Super 2023 selepas menewaskan Selangor FC 2-1 dalamĀ aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Sabah yang mengumpul 20 mata hanya dipisahkan dua mata dengan Selangor (22 mata) di kedudukan kedua dan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu liga (27 mata), tenang memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-24 melalui sepakan penalti Saddil Ramdani.
Kedua-dua pasukan masing-masing kemudian cuba mengatur serangan namun gagal menembusi gawang gol pasukan lawan sehingga wisel separuh masa ditiup.
Bersambung babak kedua, Selangor selaku pelawat tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang apabila Mohamad Faisal Abdul Halim berjaya menewaskan penjaga gol SabahĀ menerusiĀ sepakan kencang luar kawasan kotak penalti pada minit ke-51.
Permainan kianĀ rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum kapten pasukan Sabah Baddrol BakhtiarĀ menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-66 dan keputusan kekalĀ sehingga tamat perlawanan.
Kuala Lumpur (KL) City FC turut memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas menewaskan PDRM FC 3-0 pada perlawanan berlangsung diĀ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Tiga gol tanpa berbalas dihasilkan skuad City BoysĀ menerusi Romel Morales pada minit ke-14, Paulo Josue (minit ke-26) dan Kipre TchetcheĀ (minit ke-87) sudah memadai buat skuad itu membawa pulang tiga mata penuh.
Sementara itu,Ā hasratĀ Kuching City FC untukĀ menamatkan kemarau kekalahan pasukan selepas mengharungiĀ 10 perlawanan liga terbantut selepas tewas di tangan Penang FC 1-2 pada aksi di Stadium Bandaraya, Georgetown.
Kuching City membuka tirai jaringan menerusiĀ Abu Razard Kamara seawal minit ke-14 sebelum dibalas dua golĀ tuan rumah menerusiĀ Khairul Akmal Rokisham pada minit ke-45 danĀ Soony Saad pada minit ke-51. – TVS