Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang merakam kenangan bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar dan isteri Datin Amar Baduyah Bujang serta keluarga. Foto: UKAS

Premier Sarawak kunjungi kediaman Setiausaha Kerajaan Sarawak

ByNina Azman

KUCHING, 28 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Hari Raya Aidilfitri hari ini dengan menziarahi kediaman Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Menurut UKAS, Abang Johari yang tiba pada jam 8.10 malam disambut Datuk Amar Mohammad Abu Bakar dan isteri Datin Amar Baduyah Bujang serta keluarga di kediaman mereka.

Abang Johari dan isteri telah disajikan dengan pelbagai jenis juadah istimewa Aidilfitri, serta dimeriahkan oleh tetamu-tetamu jemputan yang lain.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, dan Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Dato’ Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan