MUKAH, 28 April: Seorang pesara kerajaan di sini mendakwa kerugian RM435,100 akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan berkaitan emas dan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata lelaki berusia 68 tahun itu mendakwa dia dipelawa melabur dalam saham sebuah syarikat pada 8 Februari lalu.
âNombor telefon mangsa telah dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Eric Yeeâ dan mangsa memuat naik skim pelaburan yang dihantar oleh suspek dalam format PDF.
“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan pelaburan itu kemudian membuat pengeluaran ratusan ribu ringgit untuk tujuan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Â
Sejurus itu, katanya mangsa diarah membuat pelaburan dengan melakukan 15 transaksi pemindahan wang ke enam akaun berlainan berjumlah RM435,100 pada 16 Mac sehingga 13 April.
Pada 22 April lalu, mangsa dihubungi seorang wanita tidak dikenali yang juga merupakan ahli peserta kumpulan WhatsApp, memaklumkan bahawa dia tidak boleh mengeluarkan keuntungan daripada pelaburannya.
Berikutan itu, mangsa juga cuba untuk memindahkan wang berjumlah RM2,225 dari pautan yang diberikan ke akaun bank miliknya namun gagal sehingga menyedarinya ditipu.
Muhamad Rizal berkata, mangsa mendapati nombor telefonnya disekat dalam kumpulan WhatsApp berkenaan sehingga memaksanya untuk tampil membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya pada 27 April lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS