Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori tangki yang membawa muatan minyak sawit terbabas ke bahagian Bilik Pam Air Bomba di kilang berkenaan. Foto: BBP Kidurong

Lori tangki langgar ‘pump room’ kilang proses minyak sawit

BINTULU, 28 April: Seorang lelaki nyaris maut setelah lori tangki yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar bahagian Bilik Pam Air (Pump Room)  sebuah kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di kawasan Perindustrian Kidurong di sini pada Jumaat.

Pemandu berusia sekitar 40-an terbabit dipercayai tidak sihat menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.48 pagi.

“Sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.”

“Setiba di lokasi, didapati sebuah lori tangki membawa minyak sawit telah terbabas ke bahagian Bilik Pam Air berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, pemandu lori terbabit didapati tersepit namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan keluaran operasi dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan, mangsa yang berada dalam keadaan separuh sedar kemudian digegaskan ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut.

Wan Kamarudin berkata, pihaknya kemudian membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum bertolak balik ke balai.

Operasi ditamatkan pada jam 10.11 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan