Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah jenis syabu yang dirampas daripada suspek. Foto: BSJN IPD Bintulu

Lelaki disyaki edar dadah di Pasar Lama Bintulu ditahan

BINTULU, 28 April: Seorang lelaki tempatan yang disyaki menagih dan mengedar dadah untuk kegunaan 50 orang penagih di sini dicekup di Pasar Lama pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata, semasa tangkapan polis menemui dadah jenis syabu dianggarkan seberat 5.4 gram dibawa oleh suspek berumur 28 tahun itu.

“Suspek yang merupakan penganggur ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati dadah yang dirampas dipercayai untuk pengedaran di sekitar kawasan Pasar Lama, Bintulu.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing.

“Suspek akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” jelasnya.

Menurutnya, memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali manakala boleh dikenakan denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952.

“Tangkapan ini merupakan salah satu usaha polis dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah Bintulu,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan