Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teo (tengah) menerima sumbangan daripada William (dua kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Mohd Ashraf, Poh Lin dan Bibiana.

KDJA terima sumbangan KKB, inisiatif jaga kebajikan media di Kuching

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 28 April: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching Sarawak (KDJA) menerima sumbangan kewangan daripada KKB Engineering Bhd (KKB) sebagai inisiatif membantu untuk menjaga kebajikan pengamal media di Kuching.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada KKB atas sokongan anda semua kepada media, khususnya kepada KDJA, selama ini.”

“Kami mempunyai banyak rancangan untuk memastikan media aktif tahun ini, seperti pendakian tahunan kami ke puncak Gunung Kinabalu, lawatan media sulung kami ke Indonesia sebelum ibu negara berpindah ke Nusantara, dan tidak dilupakan Anugerah Kewartawanan Kenyalang,” kata Presiden KDJA Ronnie Teo dalam ucapannya.

Teo berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KKB dan sambutan Hari Pekerja yang diadakan di premis KKB Muara Tebas pada Jumaat.

Menurutnya pelbagai acara menarik bakal berlangsung tahun ini bertujuan untuk memastikan pengamal media terus mencabar diri mereka sekali gus memantapkan diri masing-masing bukan sahaja secara profesional, tetapi juga daripada segi mental dan fizikal.

“Kami berharap masyarakat akan terus menyokong pengamal media dalam usaha mereka untuk menyampaikan berita yang tepat dan tepat pada masanya kepada orang ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan kumpulan KKB, William Kho Pok Tong turut menzahirkan penghargaan kepada kakitangan KKB atas kerja keras mereka selama ini.

Perkara itu kata Kho dapat disaksikan menerusi buku rekod syarikat itu yang mencecah kira-kira RM762 juta pada akhir Mac 2023 termasuk kerja-kerja yang akan diselesaikan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Bagi Kumpulan KKB dan pasukan kepimpinannya, jangan kita ambil mudah atas kejayaan sebelum ini.”

“Mari kita bekerja lebih keras ke arah masa depan dan terus mengambil bahagian dalam pembinaan negara bangsa kita dan perjalanan kita ke hadapan,” tegasnya.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Ocean Might Sdn Bhd Mohd Ashraf Assai Abdullah, Pengarah Eksekutif KKB Kho Poh Lin, Pegawai Kewangan kumpulan Bibiana Diwek dan kakitangan KKB. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan