Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para ibu bapa iaitu Rebecca Sureng, Mohd Noorhisham Bentani dan Nurfadhilah Abdul Rahman menyokong penggunaan pelitup muka di sekolah bagi mencegah penularan penyakit COVID-19 lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian baharu Acturus. Foto: TVS

Ibu bapa sokong pelajar guna pelitup muka di sekolah

KUCHING, 28 April: Rata-rata ibu bapa bersetuju pengesyoran penggunaan pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah bagi membendung penularan COVID-19 varian baharu, Acturus.

Tinjauan TVS menemui seorang ibu, Rebecca Sureng yang menyakini pemakaian pelitup muka mampu mencegah penularan sebarang penyakit dalam kalangan murid di kawasan sekolah.

“Saya rasa memang perlu pemakaian pelitup muka di sekolah kerana mereka selalunya melakukan aktiviti secara berkumpulan. Jadi kemungkinan besar jika seorang mengalami sakit seperti demam, ia akan cepat merebak antara satu sama lain. Jadi pemakaian pelitup muka perlu sebagai pencegahan awal bagi menghalang penularan penyakit,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Pendapat serupa diluah oleh seorang peniaga, Mohd Noorhisham Bentani yang turut menyokong pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah.

“Saya sebagai ibu bapa, pemakaian pelitup muka amatlah perlu kerana takut penyakit tersebut merebak kepada orang awam setelah merebak di kawasan sekolah,” katanya.

Malahan kata seorang suri rumah, Nurfadhilah Abdul Rahman pemakaian pelitup muka harus diwajibkan kepada individu yang kurang sihat sahaja dan tidak perlu bagi mereka yang sihat.

“Kalau orang sihat, terpulang hendak memakai pelitup muka atau tidak tetapi bagi yang sedang batuk, selsema atau kurang sihat perlulah memakai pelitup muka agar dapat mengelakkan penyakit tersebut berjangkit dengan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, garis panduan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah akan dikeluarkan menjelang pembukaan semula sekolah pada minggu depan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa juga pada sidang media selepas Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam masa terdekat berhubung peraturan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan