Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot SB Evelyn Calista 01 yang membawa 74 penumpang, karam kira-kira 30 minit selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di Pekanbaru pada Khamis. Foto: Pejabat SAR Pekanbaru

Bot penumpang karam di Riau, 11 terkorban, seorang masih hilang

ByTVS

JAKARTA, 28 Apr: Sebelas terkorban dan seorang masih hilang apabila sebuah bot penumpang karam di perairan Pulau Burung, Indragiri Hilir, Pekanbaru, Riau semalam.

Bot SB Evelyn Calista 01 yang membawa 74 penumpang, karam kira-kira 30 minit selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di daerah itu. Bot itu sedang menuju ke sebuah pelabuhan di Tanjung Pinang, ibu kota wilayah Kepulauan Riau.

Pasukan penyelamat mencari dan menyelamat Pekanbaru melalukan pencarian mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini.

Menurut ketua pejabat Pekanbaru, I Nyoman Sidakarya 62 penumpang selamat.

Sementara itu, Bernama melaporkan jumlah korban dan orang hilang mungkin meningkat kerana ramai penumpang tidak disenaraikan dalam senarai penumpang.

Laporan itu memetik Sidakarya sebagai berkata 58 orang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat bersama terdiri daripada pejabat mencari dan menyelamat, tentera, polis dan sukarelawan.

Pejabat mencari dan menyelamat akan menunggu laporan daripada saudara atau keluarga mengenai kehilangan anggota mereka dalam beberapa hari akan datang, menurut Kukuh Widodo, pegawai akhbar di pejabat mencari dan menyelamat di wilayah Riau kepada Xinhua melalui telefon.

“Bot laju ini terlalu kecil untuk membawa lebih 80 orang. Ia membawa terlalu ramai penumpang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan