Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wahab sedang menunggang motosikal yang disumbangkan kepada APM Sibu sambil disaksikan Wan Jabir (kanan). Foto: TVS

APM Sarawak cadang tubuh pasukan komuniti sukarelawan di pedalaman

SIBU, 28 April: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak bercadang untuk menubuhkan pasukan komuniti sukarelawan di kira-kira 100 kawasan berisiko bencana khususnya di pedalaman.

Pengarahnya, Abdul Wahab Rahim berkata agenda terkini pihaknya adalah untuk menubuhkan pasukan komuniti secara sukarelawan setempat.

“Kita memerlukan antara 10 hingga 15 orang di setiap kawasan berisiko seperti di Sungai Asap dan Long Bedian yang turut dilanda bencana alam seperti banjir dan kebakaran,” katanya selepas menyampaikan sijil kenaikan pangkat kepada 46 anggota dan 11 pegawai di sini, pada Sabtu.

Menurut Abdul Wahab, keperluan pasukan itu bagi membolehkan mereka memberikan bantuan segera di lokasi kecemasan sebelum pasukan keselamatan tiba.

“Kami akan melatih dan melengkapkan mereka dengan kemudahan asas. Ini mungkin melibatkan kos yang besar tetapi ia bagus untuk jangka panjang,” ujarnya.

Dalam pada itu majlis menyaksikan, pasukan APM Respon Motorbike (ARM) Sibu menerima sumbangan sebuah motosikal 150cc daripada warga Sibu.

“Sumbangan mereka amat kami hargai. Kami telah menggunakan pacuan empat roda dalam kerja kami tetapi dengan dua motosikal itu, kami akan dapat menaik taraf perkhidmatan kami terutama ketika kecemasan,” kata Abdul Wahab.

Hadir sama Ketua APM Sibu Mejar (PA)Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan