Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Abdul Mutalib Alias (tengah) bersama barisan pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan ke-27 Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB). Foto: TVS

Tiada garis masa bagi tempoh rundingan Kerajaan Sarawak ambil alih Pelabuhan Bintulu

ByRegina Lee

KUCHING, 27 April: Rundingan sedang dijalankan sementara Kerajaan Sarawak tidak menetapkan tempoh garis masa bagi rundingan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, kata Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad, Dato Abdul Mutalib Alias.

Beliau mendedahkan pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan proses dan perbincangan rundingan berkenaan.

“Kami menyokong kedua-dua keputusan kerajaan persekutuan dan negeri dalam hal ini, perniagaan masih berjalan dengan biasa walaupun perundingan ini masih berterusan.

“Pihak pengurusan sudah bersedia dan akan lakukan apa sahaja untuk menyokong hasil akhir proses itu,” katanya pada sidang media mesyuarat agung tahunan ke-27 Bintulu Post Holdings Berhad di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi pengarah dan pengurusan bersedia dan bersedia untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk menyokong hasil proses pengambilalihan terbabit.

Hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk mengambil alih pentadbiran pelabuhan itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Januari.

Beliau berkata Pelabuhan Bintulu boleh diubah menjadi hab pengangkutan di Asia Pasifik apabila ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Semalam, Abang Johari berkata rundingan untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu sedang dijalankan.

Beliau optimis hasrat itu akan membuahkan hasil susulan telah melaporkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan