Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lo Khere Chiang. Foto: TVS.

Lo ajak Chong berusaha cari dana bina jejambat Batu 8

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 27 April: Bekas Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang mengajak Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen berusaha mencari dana untuk membina jejambat di Batu 8 selain membaiki lampu isyarat yang terbukti tidak berkesan dalam menangani isu kesesakan di kawasan terbabit.

ADUN Batu Kitang itu juga mengingatkan agar Chong bertindak secara realistik untuk memperjuangkan perkara tersebut di Parlimen kerana ia merupakan hasrat yang dimahukan rakyat.

“Hari ini, bukannya membawa perkara ini ke Parlimen, apa yang Chong lakukan? Dia berkata tidak semestinya ada keperluan untuk membina jejambat! Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah hanya melaraskan masa lampu isyarat.”

“Ini telah dicuba dan tiada cara melaraskan masa boleh membantu. Jika boleh, tidak ada kesesakan.”

“Isunya sekarang ialah kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari dengan ribuan kenderaan melalui Batu 8 setiap hari. Saya hairan mengapa Ahli Parlimen Stampin berusaha keras untuk mengelak daripada membangkitkan isu itu di Parlimen dan meminta dana tetapi begitu cepat dan berhasrat untuk memotong pembiayaan untuk projek di Sarawak,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Chong juga dituntut oleh Lo untuk mendedahkan keseluruhan senarai projek ‘hot air’ atau ‘terlalu mahal’ untuk Sarawak yang telah dipotong oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 kerana rakyat berhak mengetahuinya.

Sebelum ini, Chong pernah mencetuskan kekecohan mengenai perbelanjaan pembangunan untuk Sarawak tetapi memilih untuk berdiam diri apabila Pulau Pinang membelanjakan RM 46 bilion untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan