Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merakamkan kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya, Kuching hari ini. Foto: TVS

Fatimah sasar pingat acara podium bagi atlet para Sarawak

ByTVS

KUCHING, 27 April: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah akan menyertai kontinjen atlet orang kurang upaya (OKU) Sarawak ke Sukan Para ASEAN 2023 Ke-12  di Cambodia pada 3 hingga 9 Jun depan.

“Insya-Allah saya akan bersama dengan rombongan seramai 13 orang atlet OKU Sarawak yang terpilih mewakili Malaysia bagi Sukan Para ASEAN 2023 Ke-12 yang akan berlangsung di Cambodia.”

“Saya telah menerima jemputan daripada Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin untuk hadir ke temasya sukan tersebut untuk memberi sokongan kepada semua atlet OKU Sarawak.”

“Atlet-atlet tersebut menyertai lima acara dan sasaran atlet OKU Sarawak kita adalah mendapat enam emas, satu perak dan enam gangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya, pada Rabu.

Atlet yang disasar meraih pingat emas adalah Azlan Mos bagi kategori lelaki 59 kilogram (kg), Bryan Junnecy Gustin; kategori lelaki 80 kg serta Nicodemus Manggoi Moses; kategori lelaki 88 kg untuk acara angkat berat.

Antara sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN 2023 adalah angkat berat, sukan badminton, sukan renang, dan juga catur.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan