Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan.

Diskriminasi, stigma tambah derita pesakit HIV

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 April: Liku perjalanan hidup sebagaiĀ Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDSĀ (ODHA) pasti mendepani pelbagai cabaran kesihatan serta reaksi negatif daripada masyarakat.

Wujud persepsi mereka ini menjijikan menurut sebuah kajian kebangsaan pertama mengenai stigma dan diskriminasi yang dihadapi oleh Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA) iaitu Kajian Penilaian Stigma Malaysia (MySES) telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2021.

Bagi menyelami isi hati golongan ini, TVS mendekati Gemini Jirawatikul (bukan nama sebenar) yang merupakan antara insan terpilihĀ hidup dengan HIV/AIDS.

Mengakui sukar pada awalnya untuk menerima kenyataan, Gemini,28, mula menempuh hidup dengan HIV/AIDS Ā sejak hampir lima tahun lalu, namun kini dia akur dengan ketentuan hidupnya.

ā€œDulu masa mula-mula, saya mendapati saya selalu sakit sakit, dalam sebulan tu kerap sakit…Oleh itu rakan saya yang bekerja sebagai pembantu kesihatan telah memujuk saya untuk melakukan ujian Saringan HIV,” katanya kepada penulis baru-baru ini.

Sepanjang perjalanannyaĀ hidup dengan HIV/AIDS, Gemini hanya mengimpikan mempunyai sistem sokongan yang teguh agar semangatnya tidak luntur selain mengharapkan sebarang tanggapan serong atauĀ diskriminasi dapat dihapuskan.

ā€œSebagai seorang pesakit HIV, saya boleh mengatakan bahawa pesakit HIV bukan untuk disisihkan atau dijauhi.”

“Kami juga manusia yang memerlukan sokongan dan kata-kata semangat untuk melalui kehidupan seharian kami.”

“Selain itu, masyarakat perlu didedahkan mengenai fakta atau maklumat tentang HIV agar mereka memahami dan mengurangkan stigma terhadap golongan positif ini,” katanya.

Berbeza situasi yang dihadapi Chis (bukan nama sebenar) yang mengakui semangat untuk terus hidupnya kan pudar serta tidak mempunyai sebarang perancangan baharu selepas ini.

Walaupun begitu kata Chris, sokongan moral daripada keluarga menjadi kekuatan buat dirinya selama ini.

“Saya bercadang untuk membeli langganan insurans sebagai persediaan untuk masa hadapan kelak kerana saya juga tidak mahu lagi melanjutkan pelajaran.”

“Dengan adanya insurans sekurang-kurangnya keluarga akan mendapat pampasanĀ takaful untuk membiayai pengebumian saya nanti,ā€ ujarnya.

Chis juga berharap persepsi orang ramai terhadap OHDA wajar ditangkis ekoran ada segelintir mangsa merupakan golongan yang dianiaya seperti mangsa gangguan seksual dan rogol.

Dalam pada itu,Ā Lin (bukan nama sebenar), mendedahkan hidupnya kini bergantung harap terhadap ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imuniasi tubuhnya.

ā€œSaya harus mengambil ubat setiap bulan di hospital. Kalau konsisten, kami dibenarkan ambil ubat cukup untuk enam bulan sekali.

ā€œRutin harian termasuklah mengambil ubat tepat jam 10 malam. Tidak boleh terlalu awal, atau terlalu lambat, supaya ubat itu berkesan,ā€ katanya lagi.

Mendengar sendiri keluhan mereka ODHA ini, timbul persoalan bagaimana peranan masyarakat untukĀ menghapus diskriminasi terhadap HIV dan AIDS.

Seperti pelan strategik kebangsaan bagi menghapuskan AIDS 2016-2030 yang menggariskan ujian dan rawatan sebagai salah satu tindak balas utama nasional ke arah menamatkan AIDS.

Ini bagi memastikan mereka yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) mendapat akses kepada rawatan bagi memenuhi sasaran 95-95-95 menjelang 2030 dan seterusnya membasmi sebarang unsur diskriminasi.

Antara cara untuk membasmi unsur negatif itu ialah menerusi ubatĀ Profilaksis Pra-Pendedahan atau Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang disarankan kepada individuĀ yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV sebelum pendedahan seksual.

Difahamkan kaedah ini telah terbukti berkesan melalui pelbagai kajian dan penggunaan PrEP telah dimasukkan dalam garis panduan Terapi Antiretroviral Malaysia (ART) sejak 2017.

Sementara, menurut presiden President Persatuan Prihatin AIDS Sarawak, Stevie Astly, Malaysia telah memperkenalkan pelbagai kempen untuk menangani stigma dan diskriminasi.

ā€œTerutamanya kepada populasi utama terjejas dan apabila kita bercakap mengenai ā€˜populasi utama terjejasā€™, kita banyak bercakap mengenai lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki serta orang yang berisiko jangkitan HIV.

ā€œJadi baru-baru ini, saya percaya Malaysia telah memperkenalkan kempen ā€˜Pencegahan untuk Positifā€™ yang dilaksanakan oleh Majlis AIDS Malaysia dan projek itu bertujuan bagi menyediakan pendidikan serta sokongan untuk Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, termasuk penggunaan PrEP sebagai alat pencegahan dan sepanjang projek itu berjalan, ā€˜populasi utama terjejasā€™ dan mereka yang terdedah dengan risiko tinggi diberikan maklumat tentang penggunaan ubat PrEP sebagai salah satu kaedah pencegahan,ā€ katanya kepada TVS dalam satu temu bual ekslusif di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak kes HIV/AIDS pertama dikesan di negara ini pada tahun 1986, Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan langkah agresif dalam membasmi penyakit itu.

ā€œPopulasi utama terjejas dibekalkan dengan maklumat tentang PreP dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada mereka dan ini juga berfungsi untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi, terutamanya untuk menyediakan kaunseling dan sokongan perkhidmatan kepada mereka.

ā€œSelain itu, terdapat usaha untuk melatih pekerja dan profesional penjagaan kesihatan tentang penggunaan PrEP dan cara menyediakan penjagaan tanpa diskriminasi kepada populasi utama yang terjejas.

ā€œJadi, saya percaya ini adalah salah satu langkah penting untuk memperkenalkan dan melancarkan Persediaan kepada Populasi Terjejas Utama, terutamanya dalam perjuangan kami dalam menamatkan HIV,ā€ katanya lagi.

Stevie menjelaskan punca utama stigma berlaku adalah kurang pengetahuan mengenai penggunaan ubat prEP.

ā€Kami mempunyai cabaran kerana, seperti semua program baru yang saya perkenalkan, sentiasa ada cabaran yang perlu kami tangani.

ā€œNombor satu ialah pengetahuan dan kesedaran yang terhad kepada orang awam tentang penggunaan PrEP.

ā€œOleh itu, terdapat kekurangan kesedaran mengenai PrEP dalam kalangan penyedia penjagaan kesihatan pada mulanya kerana ia mengehadkan keupayaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkesan dan maklumat kepada orang yang mencari PrEP,ā€ tambahnya lagi.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, ada juga sebahagian daripada mereka yang hidup dengan HIV/AIDS yang tidak mahu meneruskan pengambilan ubat PreP.

ā€œSebenarnya, ia tidak semudah itu kerana untuk mengambil PrEP, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi.

ā€œMereka perlu menjalani pemeriksaan biasa kerana ia bukan kerana kesan sampingan tetapi terutamanya apabila anda bercakap tentang PrEP dan kadang-kadang sesetengah individu tidak dapat mengendalikan kesan sampingan atau mempunyai interaksi dengan ubat lain yang mereka ambil,ā€ katanya.

Justeru, tegas Stevie sekiranya terdedah dengan aktiviti berisiko tingg, mereka disaran untuk mengambil ubat berkenaan.

ā€œSaya percaya ia adalah pilihan individu. Mesti ada sebab mengapa mereka tidak mahu mengambil tetapi mereka menghentikan PrEP jika mereka masih berisiko tinggi melakukan aktiviti berisiko tinggi, saya menggesa mereka untuk terus mengambil ubat kerana ia adalah salah satu alat penting serta kuat untuk mengurangkan jangkitan,ā€ tegasnya lagi.

Tambah beliau, matlamat utamanya adalah memerangi stigma dan diskriminasi yang dilihatnya tabu walaupun mereka yang hidup dengan HIV/AIDS, boleh hidup seperti orang lain.

ā€œOrang Yang Hidup Dengan HIV, pada masa kini kerana kemajuan perubatan, HIV bukan lagi ā€˜hukuman mati.ā€™”

ā€œMungkin 20 atau 30 tahun yang lalu tetapi kini terdapat banyak kemajuan dalam perubatan bagi mengawal virus dan Orang Yang Hidup Dengan HIV.”

“Mereka boleh menjadi tenaga kerja masyarakat yang produktif, mereka boleh menyumbang kepada ekonomi dan tidak sepatutnya ada sebarang stigma dan diskriminasi yang mereka hadapi tidak seharusnya menjadi sesuatu yang menghalang mereka untuk menjadi sebahagian ahli masyarakat yang produktif.”

ā€œMereka juga masih manusia,ā€ katanya lagi.

Kajian MySESĀ merekodkanĀ Ā 9.5 peratus ODHA telah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada tiga stigma yang digubal dalam rumah tangga atau komuniti mereka dan hampir separuh daripada responden dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk stigma dan diskriminasi dalam tetapan penjagaan kesihatan.- TVS

Tags: HIV, kkm, ODHA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan