Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Shahril Saupi berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan menangkap buaya yang menyerangnya pada Rabu. Foto ihsan Shahril.

Cucuk mata buaya, penjala udang bersyukur selamat 

BySaibi Gi

KUCHING, 27 April: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang dihadapi seorang lelaki terselamat dalam kejadian disambar buaya ketika menjala udang di kunci air di Kampung Sungai Buloh, Sadong Jaya dekat sini pada Rabu.

Shahril Saupi, 36, hanya mampu berdoa ketika kaki kirinya disambar dan ditarik buaya ke dalam sungai.

“Kamek sempat cucuk mata nya (buaya) dengan jari kamek, baharulah nya lepas kaki kamek. Kamek terus berenang dan merangkak nait ke tebing, sehingga orang kampung bantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak, cedera akibat gigitan buaya itu pada kaki kiri dan perut.

Berasal dari Kampung Rangawan, dia berada di HUS sejak malam Rabu. Menurutnya, kejadian pada kira-kira 5 petang berlaku begitu pantas. 

Sepanjang lima tahun bekerja sambilan menangkap udang, Shahril berkata ini pertama kali dia diserang buaya. 

“Syukur kamek selamat. Saya berharap ada tindakan pihak yang berwajib untuk menangkap buaya di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, Sarawak Edition melaporkan Francis Chai daripada Samarahan Crocodile Hunter menganggarkan saiz buaya berkenaan ialah empat meter.

Anggaran itu adalah berdasarkan klip video yang dirakam di lokasi serangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan