Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Jabatan Premier Sarawak 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Abang Johari syor karbon diletakkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi

ByOdleen Catherny

KUCHING, 27 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar karbon diletakkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Menurutnya, beliau telah menyuarakan cadangan ini kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi baru-baru ini.

“Saya cadangkan bahawa karbon ini adalah satu komoditi yang boleh diniaga seperti apa yang telah diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kalau ini dapat dipersetujui, maka perdagangan karbon boleh diselaraskan. Ini kerana Sarawak satu-satunya negeri yang kehadapan sekali mengenai dengan perniagaan karbon,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa sekarang, karbon diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Abang Johari berkata lagi, undang-undang berkaitan urusan jual beli karbon perlu digubal di peringkat persekutuan.

Jelasnya, Sarawak mempunyai tatacara perniagaan karbon berlandaskan protokol antarabangsa, iaitu Verra yang merupakan agensi diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Saya harap di peringkat persekutuan, mesti ada satu tatacara yang berteras kepada perniagaan antarabangsa mengenai dengan karbon.

Katanya lagi, perdagangan karbon adalah di peringkat antarabangsa yang secara langsung menjadikan Sarawak pemain di peringkat antarabangsa.

“Malaysia perlu menempatkan diri dalam protokol perdagangan antarabangsa. Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Jadi untuk membolehkan penglibatan dengan pemain dunia, karbon perlu berada di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan