Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan siasatan awal daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.
“Bagaimanapun, JKR sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci,” kata Nanta menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa yang terlibat dan berharap usaha mengenal pasti punca sebenar serta langkah mengawal runtuhan di lokasi kejadian dapat disegerakan.
Terdahulu, dilaporkan seramai 76 petugas pentadbiran MACA dan IIM berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.