JAKARTA, 26 April: Misi menyelamat rakyat Indonesia keluar dari Khartoum, Sudan berhasil apabila seluruh rakyatnya berjaya dipindahkan.
Kementerian Luar Negara Indonesia (Kemlu) melaporkan usaha membawa warganegara Indonesia dilaksanakan secara dua fasa telah berjaya iaitu pada fasa pertama telahpun tiba di Jeddah, sementara di peringkat kedua dilaporakan telah sampai di Port Sudan sementara menunggu dibawa ke Jeddah.
Menterinya, Retno Marsudi mengatakan proses pemindahan fasa pertama dan kedua menggunakan tujuh buah bas dari Khartoum City melalui Atbara seterusnya ke Port Sudan City meneruskan perjalanan melalui laut ke Pelabuhan Jeddah.
“Dengan pemindahan fasa kedua ini, 897 warga Indonesia telah dipindahkan dari Khartoum City kemudian setibanya di Jeddah, mereka akan berehat dan akan dikembalikan secara berperingkat ke Indonesia,” katanya menerusi satu kenyataan.
Misi kali ini telah menambah jumlah keseluruhan rakyat Indonesia yang direkodkan dan dikemas kini oleh pihaknya ialah 937 orang iaitu 897 daripadanya termasuk dalam misi pemindahan dua peringkat, sementara yang lain ada yang telah berpindah secara sendiri ataupun memilih untuk tinggal kerana alasan berkeluarga.
Misi pemindahan ini turut dibantu pihak kerajaan Arab Saudi yang menyediakan kapal untuk membawa mereka keluar dari Pelabuhan Sudan.
Seterusnya mangsa akan dibawa ke Indonesia secara berperingkat dalam masa terdekat. Â -TVS