Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Warisan Jepak, di sini pada Selasa. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Rundingan ambil alih Pelabuhan Bintulu sedang berjalan – Abang Johari

BySalasiah Safian

BINTULU, 26 April: Rundingan untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu sedang dilaksanakan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau meyakini hasrat Kerajaan Sarawak itu akan membuahkan hasil nanti ekoran beliau telah melaporkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Insya-Allah ia dapat dilaksanakan dan saya telah melaporkan kepada Perdana Menteri di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak, pelabuhan adalah di bawah bidang kuasa Sarawak. Tidak ada diskriminasi dalam hal pelabuhan.

“Sarawak berhasrat untuk mengintegrasikan semua pelabuhan di Sarawak. Maka Pelabuhan Bintulu hendaklah dikembalikan kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Warisan Jepak, di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan dua pelaburan yang diterima oleh Sarawak untuk pengeluaran sour gas di Bintulu merupakam usaha kerajaan Sarawak untuk menambah nilai kepada sumber-sumber yang terdapat di sini.

Menurut beliau dua syarikat tersebut ialah Sarawak Shell Berhad dan PTTEP HK Offshore Limited yang masing-masing melaksanakan pelaburan sebanyak RM4 bilion di Bintulu.

“Kita menerima dua pelaburan yang besar. Satu daripada syarikat Shell, yang akan mengeluarkan sour gas, berhubung kita ada teknologi baharu iaitu karbon yang bersama dengan gas ini kita masukkan dalam tanah dan mengeluarkan gas yang menjadi bahan untuk petrokimia. Shell melabur RM4 bilion di Bintulu dan Syarikat minyak Thailand PTTEP juga melabur di Bintulu sebanyak RM4 bilion,” eedah beliau.

Tahun lalu, Abang Johari memberitahu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Petronas, Sarawak Shell Berhad dan PTTEP HK Offshore Limited telah memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk membina kompleks loji darat dalam Perindustrian Petrokimia Park di Bintulu.

Kompleks berkenaan dilaksanakan di bawah projek Sarawak Integrated Sour Gas Evacuation System. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan