Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui di celah bawah batang kayu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian. Foto: IPD Kapit

Mayat mangsa perahu karam di Sungai Ulu Putai ditemui

KAPIT, 26 April: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas perahu dinaiki bersama tiga rakannya terbalik di Sungai Ulu Putai pada Isnin, dijumpai petang tadi.

Mayat mangsa, Bon Sanggau, 58, ditemukan tersangkut di celah batang kayu oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 5.05 petang Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kapit, Asisten Superitendan, Anthony Apui berkata, mayat mangsa dijumpai oleh dua penduduk rumah panjang yang menyertai operasi SAR yang terdiri daripada pasukan Polis, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Mayat mangsa ditemui lebih kurang satu kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan terlungkup dan tersangkut di celah batang kayu,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Anthony mendedahkan operasi SAR pada hari pertama sangat mencabar kerana dilaksanakan dalam keadaan cuaca hujan lebat dan arus sungai yang deras.

“Semasa dijumpai keadaan mayat mangsa masih elok dan terus dibawa ke Hospital Kapit untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu katanya, radius pencarian mangsa bermula dari lokasi Orang Hilang (OH) terjatuh sehingga ke muara Sungai Pinyin kemudian menghilir ke Sungai Putai sehingga ke Sungai Baleh yang melibatkan keseluruhan jarak pencarian hampir enam kilometer.

Isnin lalu, mangsa dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki bersama tiga lagi rakan karam akibat dibadai ombak dan angin kuat semasa menyelusuri sungai berkenaan untuk menangkap ikan sekitar jam 7 petang itu.

Tiga rakan mangsa berjaya berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri manakala mangsa dibawa arus deras.

Berikutan penemuan mayat Bon Sanggau petang tadi, operasi SAR hari pertama telah ditamatkan pada jam 5.30 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan