Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan cuaca panas dan keamaatan sinaran ultraungu melampau landa Indonesia dengan suhu maksimum harian tertinggi iaitu cecah 36-37.2 darjah celcius berbanding kondisi normal yang hanya 26.8-27 darjah celcius. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia keluarkan amaran cuaca panas, sinaran UV melampau

ByTVS

JAKARTA, 26 Apr: Amaran cuaca panas ekstrem akan melanda Indonesia serta beberapa negara Asia, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) susulan cuaca panas melampau beberapa hari ini.

BMKG menyebut dinamik atmosfera luar biasa antara punca Indonesia mengalami suhu panas yang dipengaruhi oleh pergerakan ketara matahari sehingga menyebabkan lonjakan haba pada tahun 2023 yang direkodkan paling teruk, malah dijangkakan April hingga Jun pula merupakan bulan suhu maksimum mencapai kemuncaknya.

Menurut Ketuanya, Dwikorita Karnawati panas melampau melanda Indonesia masih merupakan suhu udara permukaan maksimum ataupun panas ekstrem belum mengalami gelombang haba seperti di beberapa negara Asia.

Keadaan cuaca panas dan keamaatan sinaran ultraungu melampau landa Indonesia dengan suhu maksimum harian tertinggi iaitu cecah 36-37.2 darjah celcius berbanding kondisi normal yang hanya 26.8-27 darjah celcius. Foto: David Andreas (TVS)

“Fenomena cuaca panas ekstrem yang terjadi di Indonesia merupakan keadaan yang sebetulnya boleh terjadi pada bila-bila masa, namun kali ini antara yang paling teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, BMKG mendedahkan beberapa wilayah di Indonesia merekodkan suhu maksimum harian tertinggi iaitu mencecah 36 hingga 37.2 darjah celcius berbanding keadaan normal yang hanya 26.8 hingga 27 darjah celcius.

Selain itu, Dwikorita mendedahkan maklumat tentang keadaan udara panas juga dikaitkan dengan naiknya sinaran ultraungu (UV) daripada keamatan yang sangat tinggi hingga melampau.

“Keamaatan sinaran UV melampau ini amatlah bahaya bagi orang yang terdedah kepada matahari tanpa perlindungan dan untuknya orang ramai diminta untuk berjaga-jaga atas kemungkinan kulit dan mata boleh rosak dan terbakar,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan