KUCHING, 26 April: Satu laluan underpass dicadang untuk dibina di Matang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Petra Jaya.
Perkara itu didedahkan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman susulan surat permohonan bagi projek berkenaan telah dimajukan kepada Kerajaan Sarawak.
Menurutnya beberapa faktor juga telah dikenal pasti sebagai punca masalah tersebut antaranya pertambahan penempatan dan jumlah kenderaan.
Malah kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu, ia diburukkan lagi dengan proses pembesaran jalan yang sedang dijalankan ketika ini selain kerja-kerja pemindahan utiliti.
âPihaknya kini berkerja rapat dengan Sarawak Energy Berhad (SEB), kontraktor dan Lembaga Air Kuching (KWB) untuk memastikan pengalihan utiliti berjalan dengan lancar.
âProses pembinaan jalan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, jika jalan itu siap kelak sudah tentu ia alirannya lebih lancar daripada Matang menuju ke bulatan E-Mart,â katanya.
Fazzrudin berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka N6 Tupong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Negeri Sarawak di sini pada Rabu.
Selain itu Fazzrudin mendedahkan, proses pemindahan kabel utiliti turut berdepan cabaran kerana ia dilakukan secara berperingkat.
âDalam proses melaksanakan pemindahan itu, saya difahamkan mereka berdepan cabaran di mana laluan kabel utiliti yang perlu dipindahkan.”
âIni akan mengambil sedikit masa, proses tersebut juga dilakukan secara berfasa mungkin dalam jarak 100 meter, untuk mereka bina laluan dalam 100 meter,â jelasnya.-TVS