Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee memaklumkan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) akan menawarkan program asasi di universiti itu di Sibu. Foto: Douglas Elliot (TVS)

UTS bakal perkenal program asasi, sedia lahir graduan bertaraf antarabangsa

ByDouglas Elliot

SIBU, 25 Apr: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bakal menawarkan program asasi untuk melahirkan lebih ramai graduan di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata hasrat itu juga diyakini akan memantapkan lagi pembangunan modal insan di Sarawak.

“Perkara penting ialah untuk memperkenalkan program asasi kerana adanya keperluan untuk mewujudkan program asasi di Sibu berikutan lokasinya yang strategik,” katanya

“Dalam masa yang sama, ia juga akan menyiapkan bakal pelajar untuk memasuki universiti lain seperti Universiti Curtin Malaysia dan Universiti Swinburne Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya pada Selasa.

Menurutnya universiti itu juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan univesiti antarabangsa daripada Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk memantapkan lagi program berkenaan di peringkat global.

Dalam pada itu, Rapaee, yang juga merupakan Pengerusi UTS, menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak yang sentiasa mementingkan pembangunan masa depan wilayah ini.

“Ini adalah faktor penting untuk kita membangunkan masa depan,” tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta para pelajar memanfaatkan kemudahan infrastruktur pendidikan dengan sebaiknya sambal mendedahkan pihaknya bakal membentuk satu formula baharu untuk menarik minat lebih ramai pelajar memasuki UTS.

Terdahulu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Sibu pada Selasa menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak telah memperkenalkan skim bursari bagi menarik pendaftaran lebih ramai pelajar Bumiputera.

Skim bursari UTS itu memanfaatkan warga Sarawak dalam kategori B40 dan M40, yang mana ia menampung yuran pengajian sebanyak 80 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan