Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM menyelamatkan si bulus yang terperangkap atas pokok. Foto: APM Limbang

Si bulus terperangkap 24 jam atas pokok diselamatkan APM

LIMBANG, 25 April: Seekor kucing yang terperangkap selama 24 jam di atas pokok di Kampung Terumba di sini berjaya diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang hari ini.

Panggilan kecemasan itu diterima APM Limbang pada jam 10 pagi sebelum bergegas ke lokasi yang jauhnya kira-kira 40 kilometer dari bandar.

Anggota APM menyelamatkan sibulus yang terperangkap atas pokok. Foto: APM Limbang

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, anggota yang tiba di lokasi mendapati seekor kucing berada di atas sebatang pokok pada ketinggian 17 kaki.

“Difahamkan kucing berkenaan terperangkap di atas pokok sejak semalam dan berjaya diturunkan dengan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi menyelamat kucing terperangkap itu disertai empat anggota membabitkan sebuah kenderaan APM Limbang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan