Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar Premier Sarawak di Majlis Ramah Mesra Anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWK) oleh Datuk Seri Nancy Shukri. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Premier Sarawak beraya bersama warga emas, OKU

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, April 25 : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menyerikan sambutan Hari Raya Aidilfitri Hari keempat dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWK) bersama kumpulan sasar pagi tadi.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sambutan rumah terbuka ini diadakan agar golongan sasar yang terdiri daripada warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU) serta masyarakat meraikan sambutan hari raya dengan meriah bersama dengan para pemimpin Sarawak sendiri.

Premier Sarawak menghadiri Majlis Ramah Mesra Anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWK) di Wisma SABATI hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

“Hari ini kita menganjurkan ramah-tamah dengan kumpulan sasar kita. Ada lebih dari 1600 pengunjung terutamanya dari kumpulan sasar yang terdiri daripada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), warga emas, pengunjung dari Desa Bina Diri, Masyarakat Tunas Takti, juga AKHLAK dan pelbagai lagi.”

“Dari pusat-pusat berdekatan sehinggalah ke Kota Samarahan dan Gedung, semuanya ada bersama kita hari ini dan kita nak mereka bersama-sama kita meraikan sambutan Aidilfitri. Pengalaman ini akan menjadi rumah kenangan untuk mereka jadi kita cubalah bawa beramai-ramai supaya mereka boleh rasa keriangan sambutan raya tahun ini,” ujarnya.

Turut mengiringi Premier Sarawak ialah isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isterinya Datin Doreen Mayang bersama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Usai majlis itu, Abang Johari telah meneruskan kunjungan sambutan hari raya ke Majlis Rahmah Tamah Aidilfitri bersama rakyat Sibu, sambutan rumah terbuka di kediaman, Datuk Dr. Annuar Rapaee, seterusnya berkunjung ke rumah Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad serta kediaman Datuk Abdul Wahad Dollah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan