Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penulis Abang Asri Abang Ariffin bersama Abang Hamdan Abang Sharbini ketika melancarkan Buku Riwayat Leluhur Catatan Salasilah Keluarga Abang Junaidi dan Hasbiah di Kuching. Foto: TVS

Perhimpunan besar keluarga Allahyarham Abang Junaidi, Hasbiah Meriah

KUCHING, 25 April: Dapat berkumpul bersama insan tersayang pada lebaran pasti memberi makna yang besar, malah yang jauh di perantauan tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman.

Lebih 600 orang daripada enam generasi keluarga Allahyarham Abang Junaidi Abang Nuruddin dan Allahyarham Hasbiah Yusuf bersua muka bagi mengukir memori indah untuk ingatan masa depan.

Perhimpunan Keluarga Abang Junaidi yang diadakan di Dewan CATS FM dekat sini pada 24 April itu juga adalah penganjuran kelima sejak pertama kali diadakan pada 2001.

Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Keluarga Abang Junaidi, Abang Hamdan Abang Sharbini berkata majlis istimewa tersebut juga turut dihadiri oleh ahli keluarga dari semenanjung Malaysia, Sabah termasuk Miri, Bintulu dan lain-lain.

“Kita juga berterima kasih kepada adik kakak yang datang dari jauh dan dekat cuba datang dari Kuala Lumpur, Sabah, Miri, Bintulu dapat berkumpul pada malam ini.

“Bagi ahli keluarga yang tidak dapat berkumpul malam ini, kita mempunyai laman Facebook untuk kita tayangkan kepada keluarga kita yang tak dapat bersama pada majlis ini,” katanya.

“Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” menjadi tema penganjuran perhimpunan dan majlis ramah tamah Aidilfitri tersebut yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim ahli keluarga sekali gus dapat memberikan peluang untuk berjumpa dengan ahli keluarga yang jauh.

Sementara, salah seorang ahli keluarga yang hadir Abdul Malik Mustapha memaklumkan bahawa dia merupakan cucu generasi pertama Abang Junaidi dan sangat menyokong usaha mengadakan perhimpunan keluarga tersebut.

Adalah menjadi harapannya, agar ahli keluarga dapat mengekalkan hubungan ukhwah yang erat dalam kalangan mereka tanpa mengira generasi baharu mahupun terdahulu.

“Saya harap supaya hubungan dalam kalangan seluruh ahli keluarga daripada ibu bapa, anak cucu piut dapat mengekalkan hubungan ukhwah yang erat di antara satu sama lain sepanjang masa dan sentiasa di setiap waktu.

“Dan kami berharap dapat bekerjasama dalam kalangan kami dalam apa keadaan pun, saling membantu di antara kami kerana dalam kita mengejar kejayaan dunia, hubungan kekeluargaan hendaklah jangan dilupakan. Jadi, itu harapan paling utama.

“Sebab walaupun kita berjaya dengan cemerlang macam mana pun, kalau kita hanya hidup seorang tanpa keluarga, tanpa ada ahli keluarga di samping kita pun, kita akan rasa kesunyian, tidak berguna,” katanya.

Salah seorang cucu Allahyarham Abang Junaidi, Abang Ibrahim Abang Sharbini berkata dia tidak pernah terlepas sekali pun untuk menghadiri majlis tersebut setiap kali diadakan.

Abang Ibrahim yang menetap di Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk bertemu ahli keluarga besar mereka apabila program itu dirancang.

“Saya di Kuala Lumpur pada Ramadan lalu, ketika saya dapat tahu tentang majlis ini, ia membuatkan saya rasa bersemangat untuk pulang ke Kuching berjumpa dengan keluarga.

“Bagi saya, inilah masanya untuk kita bertemu dengan ahli keluarga besar, jika hendak pergi rumah ke rumah mungkin tidak sempat semuanya,” katanya.

Abang Ibrahim berharap agar perhimpunan itu akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

Untuk rekod, allahyarham Junaidi telah berkahwin dengan allahyarhamah Hasbiah atau lebih dikenali sebagi Suteh pada 1915 dan dikurniakan 15 cahaya mata.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan