Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perahu yang dinaiki mangsa bersama tiga rakannya ketika tragedi malang pada malam tadi. Foto: BBP Kapit

Lelaki dikhuatiri lemas, perahu terbalik ketika hujan

KAPIT, 25 April: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas perahu dinaiki bersama tiga rakan rakan terbalik di Sungai Ulu Putai di sini, pada Isnin.

Insiden kira-kira jam 7 petang semalam itu berlaku ketika mereka menyelusuri sungai berkenaan untuk menangkap ikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat berkata, mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai sebagai Bon Albert, 58, dikatakan hilang selepas bot yang dinaiki mereka tiba-tiba dimasuki air ketika cuaca hujan renyai.

“Perahu yang dinaiki bersama tiga rakan lain dikatakan terbalik akibat dibadai ombak dan angin kuat semasa kejadian.

“Tiga rakan yang lain telah berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa didapati hilang selepas dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Bagaimanapun, katanya, usaha rakan-rakan lain mencari mangsa gagal sehingga laporan polis dibuat.

‘Setakat ini, pihak kami belum dapat pergi ke lokasi kejadian memandangkan perjalanan ke lokasi kejadian akan mengambil masa lebih kurang empat hingga lima jam. Malah bot pihak kami tidak dapat digunakan ke lokasi kerana air surut dan dipenuhi batu sungai.

Timoty berkata, pasukan bomba akan bertolak ke lokasi untuk menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) awal pagi esok.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan