Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah dan isteri Dayang Morliah membaca surah Yassin untuk arwah kedua ibu bapa Awang Tengah di perkuburan Islam Pulau Sari. Foto: Adeng Idrus

Awang Tengah, isteri ziarah kubur kedua ibu bapa

LAWAS, 25 April: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud hari ini menziarahi kubur ibu bapa masing-masing di Tanah Perkuburan Pulau Sari dan Pulau Salam.

Turut sama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa serta keluarga masing-masing.

Dayang Morliah menjirus air mawar di perkuburan ayahanda beliau Datuk Awang Daud Awang Matussin sambil disaksikan Awang Tengah d iperkuburan Islam Pulau Salam. Foto: Adeng Idrus

Majlis bacaan tahlil dan doa kepada arwah ibu bapa Awang Tengah dan kedua mertuanya telah diketuai oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Lawas, Ustaz Assykurrahman Othman.

Awang Tengah turut berharap agar umat Islam sentiasa mengingati kematian dan alam kubur yang juga alam persinggahan.

Menurutnya amalan dan amal ibadah semasa di dunia merupakan bekalan kekal yang mesti diamalkan agar beroleh kebahagian di alam akhirat.

Oleh itu, jelasnya setiap umat Islam wajar memperkasakan diri dengan pengetahuan agama dan sentiasa beramal soleh dalam urusan mereka di dunia ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan