Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Shell di Hotel Hilton, hari ini. Foto: TVS

TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Shell

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Shell di Hotel Hilton di sini, hari ini.

Ketibaan Tun Taib di majlis itu sekitar 4.01 petang disambut Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman serta suami, Fierol Sobeng.

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan isteri, Datin Enn Ong Siok Ean.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan barisan rakan niaga Shell yang hadir.

Selain hidangan juadah yang menyelerakan, para tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian lagu oleh kumpulan kugiran.

Majlis yang diadakan bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang itu adalah untuk mengeratkan hubungan Shell dengan hadirin, selain meraikan kehadiran Syawal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan