Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto: Envato

Tiga beradik wanita ditemukan lemas ketika mandi di pantai Port Dickson

ByBernama

SEREMBAN, 24 April: Kegembiraan  empat beradik berkelah bersama saudara mereka sempena cuti Aidilfitri bertukar tragedi apabila tiga beradik wanita lemas ketika mandi manda di Pantai Cahaya, Port Dickson, dekat sini,  petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias, berkata, ketiga-tiga mangsa bersama adik lelakinya dari Banting, Selangor dan seorang saudara lelakinya dari Perak datang berkelah ke pantai tersebut.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, mangsa wanita dikenali sebagai R. Kalavani, 30, Dawige, 29 dan Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan saudara lelakinya,  J. Sathiswaran, 29, diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.

“Mayat ketiga-tiga mereka itu ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai. Ketika kejadian, air tengah pasang dan agak bergelora. Saya juga dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan larangan mandi, katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan