Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah bergambar bersama antara pengunjung yang hadir rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Lawas. Foto: TVS

Rumah terbuka Awang Tengah di Lawas meriah

LAWAS, 24 April: Rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara acara yang paling dinantikan pelbagai lapisan masyarakat di utara negeri ini selepas dua tahun berturut-turut tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Majlis diadakan selama dua hari iaitu Hari Raya kedua dan ketiga bermula jam 9 pagi hingga 5 petang menyediakan pelbagai juadah seperti sate, nasi impit, ketupat, pulut, tapai, rendang ayam dan daging, lemang dan pelbagai jenis minuman.

Awang Tengah bersama Dr. Abdul Rahman, Hasbi dan Awangku Jinal ketika menerima kunjungan pemimpin masyarakat Cina Limbang. Foto: TVS

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Datuk Amar Awang Tengah dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud di kediaman mereka di Lot 1937 Taman Klasik Lawas.

Awang Tengah berkata, pihaknya menjangkakan kehadiran puluhan ribu tetamu ke majlis berkenaan yang terdiri daripada penduduk tempatan, sebahagian warga Brunei dan sahabat daripada Sabah.

Selain itu kemesraan dan hubungan rapat pemimpin kesayangan rakyat itu terserlah dengan kehadiran kaum Iban, Lun Bawang dan komuniti Cina yang turut memeriahkan acara rumah terbuka berkenaan.

Awang Tengah dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan isteri, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan isteri, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan isteri serta Setiausaha Politik Kepada Premier, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan isteri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan