Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat dari kiri) mengunjungi kediaman Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid (tiga dari kiri) hari ini. Foto: TVS

Premier Sarawak kunjungi kediaman Dato Sri Talat

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengunjungi kediaman Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Abang Johari yang tiba pada jam 8 malam disambut Talat Mahmood serta keluarga di kediaman mereka di Vista Ibrahim, Jalan Bako.

Beliau serta isteri meninggalkan perkarangan Talat Mahmood dan seterusnya bergerak ke kediaman balu kepada Ketua Menteri Sarawak ke-5, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem iaitu Datuk Patinggi Puan Sri Jamilah Anu di Santubong pada jam 9 malam yang juga merupakan kunjungan terakhir mereka hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan